about-ab-1

Akasa Bina merupakan seorang Terapis Senaman, Jurulatih Peribadi dan Pengamal Urutan Sukan atau Sport Massage yang diperakui. Akasa Bina juga pernah menyertai latihan ketenteraan selama beberapa tahun. Akasa Bina banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kecergasan dan kesihatan sama ada sebagai seorang penceramah dan pengajar jemputan di bawah badan kecergasan National Association for Fitness Instructor (N.A.F.I.).

Disamping aktif dengan minat yang mendalam dalam bidang kesihatan dan kecergasan untuk tujuan membantu masyarakat di Malaysia dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat, Akasa Bina juga merupakan seorang penyelidik dan kini sedang meneruskan pengajian lanjutan di UPM dengan tumpuan kepada Aerodinamik dan Biomekanik (Avian). Banyak terlibat dalam konferens-konferens antarabangsa di dalam dan luar negara dan pernah menyertai projek di Aachen University of Applied Science, Aachen, Jerman pada tahun 2010. Akasa Bina juga menulis artikel-artikel mengenai penyelidikan dan perkembangan multi-sains mengikut arus semasa.

 

about-ab-2about-ab-3about-ab-4 about-ab-5
Pengiktirafan

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Aeroangkasa)
  • Skim Kejurulatihan Sains Sukan Majlis Sukan Negara
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • National Association of Fitness Instructor (N.A.F.I.)
  • Asia College of Exercise and Sport Medicine (A.C.E.S.M.)
  • Equal Fitness Sports Massage
  • Pusat Latihan dan Rawatan Holistik Nurul Iman
  • FIT Malaysia

 

ab-ads-1