reminder-1

 

KA-CHING, KA-CHING!

Ka-ching! kedengaran duit masuk ke segala poket dompet, seluar, segala celah yang ada. “Fuh, kayanya aku!”

Kekayaan material fizikal menjadi antara sumber motivasi kita bagi terus maju ke hadapan dengan misi demi menggapai cita-cita dan matlamat hidup. Namun, seringkali manusia mengabaikan kesihatan mereka sendiri dalam momentum ka-ching ini! Ya, mungkin melihat luaran, semuanya normal..betulkah normal? Bila kali terakhir anda membuat pemeriksaan kesihatan diri? Pernahkah anda berhenti sejenak dan bermuhasabah kembali?

Periksa diri. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.

 

TIN KOSONG

Dalam hidup, manusia pada fitrahnya seperti ‘tin kosong’. Lihat pada manusia yang mengisi ‘kekosongan’ tersebut dengan ilmu, mereka akan lebih matang dalam memberi pendapat serta berhati – hati dalam bertindak. Jika dia tidak arif dengan sesuatu, maka dia tidak malu untuk mengatakan, “aku tidak tahu”.

Secara tidak langsung, ilmu menjadi titik aras bagi penghormatan diri seseorang. Dia ‘tunduk’ dengan orang lain disekeliling meskipun kepada orang yang lebih kecil kerana tawaduk menjadi asas dan keutamaan bagi orang yang berpunya ilmu.

 

RINDU AWAK 200%!

Kita dilahirkan dalam permulaan yang sangat suci, hanya tangisan dalam kegembiraan meliputi alam. Namun, sedang berlalu masa, begitu juga dengan pahit manis kehidupan. Bertambah teruk apabila tidak sedar yang mana pahit ubat, yang mana manis madu. Yang mana satu adalah penawar sebenar?

Tanya pada diri, pernahkah anda berhenti seketika untuk renung kembali dan merindui diri yang lama, yang suci lagi murni? Sejauh mana rindu anda? Sekuat mana tekad anda untuk menrinduinya? Bukan bermaksud duduk terpaku sahaja, ianya salah satu tata mencari kendiri. Jika perlu, rinduilah ia sehingga 200%!

 

PARADOKS DALAM SIHAT?

Seringkali masyarakat suka dan lebih cenderung mengata serta menerima sesuatu yang diterima umum tanpa mengira ianya benar atau tidak. Kita patut bersyukur kerana  kebanyakan yang diterima umum majoritinya adalah benar. Tetapi bagaimana dengan sebahagian kecil yang tidak benar? Lagi-lagi dengan kuasa platform sosial yang  bertindak sebagai media alternatif yang mampu berkongsi-sebar ke seluruh dunia dengan sekelip mata?

Bila kita sentuh konteks kesihatan dan kecergasan, nyawa yang sedang dipertaruhkan. Ianya bukan sesuatu yang sepatutnya diambil mudah atau dipandang remeh. Sihat serta berilmu, itulah yang kita mahukan.

 

BERSEDERHANALAH

Kesihatan tubuh dan memelihara kesihatan adalah asas yang harus dimiliki oleh setiap manusia. Allah SWT berfirman;
“…makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau…” [QS Al-A’raf: 31]

Allah SWT membimbing hamba-hamba-Nya dalam hal kesihatan dengan antara cara mengisi makanan dan minuman ke dalam tubuh bagi memperkuat ketahanan badan. Namun kadar dan cara pengisiannya itulah yang dapat membawa manfaat pada tubuh. Jika makan minum itu melampaui ukuran yang tidak sesuai dengan kaifiyatnya (adab), maka itulah melampaui batas dan hal ini jelas menimbulkan masalah kesihatan. Demikian juga sebaliknya, tidak makan dan tidak minum juga menyebabkan masalah yang sama. Oleh itu, bersederhanalah.

 

DIMANA ANDA SEKARANG?

Ramai diantara kita tahu, tetapi tidak diendahkan bahawa aktiviti fizikal dan pemakanan yang sihat adalah komponen kritikal untuk kesihatan badan manusia.  Semakin kerap anda gunakan badan dan semakin baik “bahan bakar” anda bekalkan pada badan, semakin sihatlah anda.

Namun, ramai diantara kita hari ini lebih cenderung untuk membeli makanan “merapu” dari restoranserta gerai makanan segera dan lebih suka terlantar dirumah menonton TV sepanjang hari. Inilah persoalan yang patut kita bangkitkan dalam diri;

Dimanakah diri kita sekarang?

 

PERUBAHAN ITU PENTING!

Semua individu inginkan perubahan kearah yang lebih baik dari semasa ke semasa, dari hari ke hari. Dan perubahan itu tidak mustahil, tetapi dengan syarat, anda mestilah mengorak langkah yang pertama! Seperti contoh, dalam pemakanan seharian anda boleh mulakan dengan mengelak gula, garam dan lemak tidak sihat yang berlebihan.

Kuncinya adalah mencari motivasi dan alternatif yang sihat kepada makanan kegemaran anda. Pemakanan yang betul disertakan dengan rutin senaman yang sederhana dan konsisten adalah kunci kepada menyerlahkan potensi badan, memperbaiki penampilan, dan meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental anda.

 

PENTINGNYA MENJADI SIHAT DAN SEJAHTERA

Agama Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman).” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

 

DEFINISI KESIHATAN

The most widely accepted definition of health is that of the World Health Organization Constitution. It states: “health is a state of complete physical, mental and social well-being and not merely the absence of disease or infirmity” (World Health Organization, 1946).

 

IQRA’! BACALAH!

Ilmu perlukan kepastian. Ilmu adalah kebenaran. Seruan Iqra’ bukannya omong-omong kosong sahaja. Sentuhan pemahaman dan pendalaman hendaklah digayakan bersama. Mungkin kebanyakan kebenaran pada masa kini kelihatan paradoks, namun ianya bergantung kepada kita bagaimana untuk meletak nilai padanya.

Cari dan gali. Sedalamnya. Setiap suruhan tuhan ada hikmahnya yang tersendiri, terlihat mahupun tersembunyi.