The "Nine Systems" from the book "The Human Body - What it is and how it works." (1958) illustrated by Cornelius De Witt

Sistem-sistem yang mengawalatur proses tubuh badan:-
1. Intergumentari
2. Rangka
3. Otot
4. Saraf
5. Endokrina
6. Kardiovaskular
7. Limfatik
8. Respiratori
9. Pencernaan
10. Urinari
11. Reproduktif

Sistem Intergumentari
Organ yang terlibat: Kulit
Fungsi:
· Melindungi tisu-tisu dalaman daripada kecederaan
· Simtesis vitamin D untuk penyerapan kalsium dan fosforus (diperlukan untuk tumbesaran tulang)
· Membantu mencegah kehilangan air
· Peka kepada rangsangan seperti sakit, sejuk, kepanasan, tekanan dan sentuhan
· Perkumuhan untuk menyingkirkan bahan kimia, asid urik dan garam mineral berlebihan

Sistem Rangka
Organ yang terlibat: Tulang – kartilej (rawan), ligamen, sendi
Fungsi:
· Menyokong berat badan
· Melindungi organ-organ
· Membentuk dan mengekalkan bentuk
· Melekatkan otot-otot rangka
· Berfungsi sebagai tuas

Sistem Otot
Organ yang terlibat: Otot, tendon
Fungsi:
· Mengekalkan postur badan
· Menghasilkan pergerakan
· Menghasilkan haba
· Menstabilkan sendi
· Artikulasi

Sistem Saraf
Organ yang terlibat: Otak, saraf tunjang, saraf periferi
Fungsi:
· Mengesan, menerima dan bergerakbalas terhadap rangsangan
· Menyimpan maklumat
· Mengawal dan menyelaras aktviti tubuh

Sistem Endokrina
Organ yang terlibat: Kelenjar
Fungsi:
· Mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon

Sistem Kardiovaskular
Organ yang terlibat: Jantung, salur darah
Fungsi:
· Menghantar darah ke seluruh badan
· Mengangkut gas-gas respiratori

Sistem Limfatik
Organ yang terlibat: Nodus Limfa, salur limfatik
Fungsi:
· Imunisasi
· Mengangkut bahan perkumuhan
· Mengangkut hasil pencernaan

Sistem Respiratori
Organ yang terlibat: Hidung, Salur udara, paru-paru
Fungsi:
· Membekalkan oksigen
· Menyingkirkan karbon dioksida
· Pertukaran gas
· Mengekalkan kestabilan persekitaran

Sistem Pencernaan
Organ yang terlibat: Mulut, organ pencernaan (hati, perut, usus besar & kecil, dll.)
Fungsi:
· Penguraian makanan
· Perkumuhan

Sistem Urinari
Organ yang terlibat: Ginjal, ureter, pundi kencing, uretra
Fungsi:
· Menyingkirkan bahan perkumuhan
· Mengawal isipadu dan komposisi bahan kimia

Sistem Reproduktif
Organ yang terlibat:
(Lelaki) Penis, testis, vesikel semen, kelenjar prostat, uretra
(Perempuan) Ovari, tiub fallopian, uterus
Fungsi:
· Menghasilkan zuriat
· Menghasilkan hormon

humanbody9

 

“Health is a relationship between you and your body”
-Terri Guillemets-