egg_face

Makanan juga boleh menyediakan lebih dari sekadar kesihatan fizikal. Terdapat nutrien makanan dan bahan kimia lain yang menggalakkan kesihatan psikologi, dan mendorong kepelbagaian emosi yang positif. Dengan cabaran yang dihadapi dalam hidup setiap hari, meletakkan makanan sebegini dalam pelan diet boleh membantu untuk berhadapan dengan tekanan. Apa yang diperlukan adalah pengetahuan asas tentang apakah makanan-makanan tersebut dan bagaimana ia boleh mempengaruhi hidup.

Keseimbangan karbohidrat dan protein yang betul dalam diet akan mempengaruhi keupayaan badan untuk menghasilkan Serotonin iaitu ‘neurotransmitter’ penting, bahan kimia di dalam otak manusia dengan fungsi untuk menenangkan minda. Menurut laporan ‘The Mayo Clinic’ (2009), terdapat makanan tertentu yang dikaitkan dengan peningkatan mood. Kajian telah mengenalpasti makanan ini kaya dengan Magnesium, Tryptophan, asid lemak Omega-3, Folat dan vitamin B yang lain. Makanan dengan indeks glisemik yang rendah juga seolah-olah mampu mempunyai kesan penghasilan rasa gembira. Ia menyediakan jumlah gula dan karbohidrat yang sederhana untuk pembekalan tenaga secara stabil- memberi glukosa dalam darah, berbanding dengan gula yang tinggi dari makanan ringan dan minuman tenaga dengan ‘tiba-tiba dan sementara’.

Sesetengah makanan juga mempunyai antioksidan dan bahan kimia lain. Antara yang penting ialah flavonoid, yang mempunyai kesan positif yang besar terhadap kesihatan mental. Malah, satu kajian 2009 oleh ‘American Society for Nutrition’s “Journal of Nutrition”’ mengaitkan pengambilan wain, teh dan coklat yang kaya dengan flavonoid, dengan prestasi kognitif yang lebih baik untuk golongon berusia.

Sesetengah makanan juga mengandungi kandungan kimia mendorong kegembiraan (‘Happiness’). Satu contoh adalah phenethylamine, perangsang semulajadi, yang membuatkan badan membebaskan Endorfin dan Dopamin, untuk merangsang minda dan badan. Contoh lain adalah Anandamin, yang menghasilkan perasaan puas hati. Terdapat juga Teobromin, alkaloid yang merangsang seperti kafein, tetapi lebih ringan.

Jadi, apakah contoh-contoh khusus makanan yang mengandungi nutrien-nutrien ini? Pisang, kacang, ayam belanda dan daging merah tanpa lemak adalah sumber yang baik untuk mikronutrien Triptofan. Ikan dan benih bakar juga kaya dengan asid lemak Omega-3. Herba dan rempah seperti kayu manis dan pudina boleh digunakan sebagai penambah rasa dalam makanan dan minuman. Setiap satu sudu teh kayu manis mempunyai 2.3mg magnesium, manakala 100g pudina mempunyai 114mg folat. Satu kuantiti kafein yang sederhana dari kopi atau teh hitam juga boleh membantu menaikkan semangat dan menajamkan fikiran. Tetapi antara yang terbaik adalah coklat gelap, dimana ‘Huffington Post’ mengatakan ia mengandungi Phenethylamine, Anandamine, dan Theobromine.

Untuk hasil yang terbaik, makan kebanyakan makanan yang boleh meningkatkan mood pada waktu sarapan, supaya sepanjang hari, anda berasa lebih baik dan lebih bersemangat. ‘BBC’s Healthy Minds’ mengesyorkan makan semangkuk bubur oat manis dengan sedikit madu, dan diletakkan kayu manis, biji bunga matahari, dan buah-buahan cincang seperti pisang. Hidangan ini menyediakan bahan kimia dan nutrien yang diperlukan untuk kebaikan mood, tanpa menyebabkan perubahan dramatik dalam paras glukosa darah.

Anda boleh kemudiannya menambah sekurang-kurangnya satu bahan makanan untuk kebaikan mood ke dalam pelan pemakanan, seperti daging tanpa lemak, ikan, dan kacang. Anda juga boleh menikmati makan malam sekali-sekala dengan segelas kecil wain merah atau teh, dan nikmati sedikit coklat gelap sebagai pencuci mulut selepas itu.

577-unravel-the-food-mood-connection-to-beat-the-blues

“Health is not simply the absence of sickness.”
-Hannah Green-