calorie-control-diets-seniors-1
Apakah itu kalori? Kalori adalah sebuah unit tenaga.  Tubuh badan manusia mendapatkan tenaga kalori ini melalui pemakanan zat gizi (makronutrien) iaitu karbohidrat, protein, dan lemak.
Makronutrien
Nilai kalori (kcal)
Sumber
Karbohidrat
4
Nasi, roti, bijirin.
Protein
4
Daging, ikan, telur, susu.
Lemak
9
Minyak zaitun, minyak ikan kod, kacang.
Kadar Metabolisma
Kadar metabolisma adalah kadar pembakaran kalori dalam sistem badan kita. Antara faktor yang boleh diambil kira ialah kegemukan, dimana kebanyakan mereka yang gemuk memiliki kadar metabolisme yang rendah, kerana kadar metabolism berkadar terus dengan berat otot. Dengan ini, boleh dikatakan setiap individu dengan aktiviti dan pemakanan yang sama, tidak semestinya memiliki kadar metabolisma yang sama.
Pengiraan Keperluan Kalori Harian (KKH) 
Langkah 1: mengira Basal Metabolic Rate (BMR). BMR ialah jumlah kalori yang diperlukan oleh seseorang ketika dalam keadaan rehat. Keadaan rehat disini bermaksud keadaan hanya mengekalkan fungsi badan secara normal, tidak termasuk aktiviti luaran, termasuk tidur. Pengiraan boleh dilakukan menggunakan formula Harris-Benedict:-
BMR untuk lelaki = 88.362 + 13.397W + 4.799H – 5.677A
BMR untuk perempuan = 447.593 + 9.247W + 3.098H – 4.330A
W = berat dalam kilogram
H = tinggi dalam centimeter
A = umur
Langkah 2: mengira KKH berdasarkan tahap aktiviti yang dilakukan seharian.
Sedikit atau tidak bersenam
KKH = BMR x 1.2
Senaman ringan (1-3 hari seminggu)
KKH = BMR x 1.375
Senaman sederhana (3-5 hari seminggu)
KKH = BMR x 1.5
Senaman berat (6-7 hari seminggu)
KKH = BMR x 1.725
Senaman sangat berat (2 kali sehari, tambahan aktiviti berat)
KKH = BMR x 1.9
Setelah berjaya memperoleh KKH, rujuk kembali kepada matlamat anda. Apa-apa pun, yang penting, banyakkan merujuk kepada yang pakar, banyakkan membaca. Yang merisaukan sekarang ini di Malaysia ialah fenomena ‘suka mengikut budaya popular dari budaya yang betul’ dan ‘ambil jalan pintas membuat tuli’. Tolong kembali ke jalan yang benar, belajar tentang penggayaan hidup yang sihat dan betul secara berhemah.
images
“It is health that is real wealth and not pieces of gold and silver.”
-Mahatma Gandhi-