Anatomy-of-a-Dancer

Kajian menunjukkan bahan dan reka bentuk sktruktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. Pergerakan boleh dihasilkan melalui penguncupan otot. Otot juga menentukan magnitud pergerakan dan pergerakan ini dirangsang secara terkawal atau tidak terkawal oleh sistem saraf. Otot bukan sahaja menghasilkan pergerakan malahan otot juga mempunyai fungsi-fungsi lain. Otot-otot ini dikenali sebagai otot-otot rangka, membezakan dengan otot kardiak (jantung) dan otot-otot licin (otot-otot organ dalaman seperti hati dan pankreas). Otot-otot rangka ini juga dikenali sebagai otot-otot berjalur.

Sistem Otot Rangka

Jenis-jenis otot

  • Otot rangka => Otot berjalur
  • Otot licin => Organ-organ dalaman tubuh
  • Otot kardiak => Otot jantung

Jumlah Otot

  • Terdapat sejumlah 639-640 jenis otot yang terdapat dalam tubuh kita
  • Daripada jumlah tersebut 30 jenis otot terdapat di bahagian muka
  • Secara purata, 40% berat badan kita ialah otot
  • Otot yang terbesar ialah ‘gluteus maximus’

Fungsi Otot

Antara fungsi-fungsi utama otot ialah:-

(1) Hasilkan pergerakan

  • Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan otot-otot rangka yang bertindak setelah dirangsang oleh sistem saraf.
  • Kombinasi saling tindakan otot-otot membolehkan kita berdiri, duduk, baring, dan melakukan lain-lain aktiviti yang sukar.
  • Penguncupan ini berlaku secara terkawal (‘voluntary’) atau tidak terkawal (‘involuntary’).
  • Kelajuan penguncupan bergantung kepada jenis serat otot iaitu serat sentak cepat (‘fast twitch fiber’) dan serat sentak lambat (‘slow twitch fiber’).

(2) Stabilkan sendi

  • Otot-otot badan mempunyai pelbagai saiz dan fungsi yang berbeza.
  • Otot-otot besar seperti ‘quadriceps’, ‘femoris’ (‘Sartorius’, ‘vastus intermedius’, ‘lateralis’ dan ‘medialis’) triceps’, ‘Pectoralis’ dan ‘trapezius’ lazimnya bertindak sebagai agonis dan antagonis.
  • Otot-otot kecil akan bertindak sebagai pengimbang (‘stabilizer’), penetap (‘fixator’) dan penyokong (‘synergist’).
  • Otot-otot kecil ini menstabilkan sendi terutamanya dalam sukan-sukan yang memerlukan ketepatan lakuan atau sukan dasar (‘target sport’) seperti memanah, menembak dan ten-pin boling.

(3) Kekalkan postur

  • Kombinasi saling tindakan otot-otot bukan sahaja membolehkan kita berdiri, duduk atau baring malahan membantu untuk mengekalkan postur badan.
  • Lekatan otot-otot pada tulang membolehkan postur dikekalkan.

(4) Hasilkan haba

  • Tenaga diperlukan untuk membolehkan otot-otot bekerja.
  • Hampir 40% tenaga yang dihasilkan bertukar menjadi haba yang meningkatkan suhu kulit atau suhu badan luaran.
  • Haba-haba ini dihasilkan oleh otot-otot dan dikeluarkan melalui proses evaporasi, konduksi, radiasi dan konveksi bagi menstabilkan suhu badan.

anatomy+tubuh

“The best doctor gives the least medicines.”
-Benjamin Franklin –