Prinsip #5: Bentuk otot anda untuk susuk badan rapi bersktrutur athletik.

Bentuk otot anda dengan senaman dan nikmati susuk tubuh kemas, segak berbanding dengan bentuk menggeleber, longgar. Otot yang berulang kali dikenakan pada atau berhampiran kapasiti penuh terpaksa menjadi lebih kuat untuk mencapai bentuk fizikal baru dengan lebih berkesan. Bukan sahaja otot anda akan berkembang kuat dengan senaman, tetapi mereka juga akan membesar dan lebih ‘cantik’. Oleh itu, pengamalan aktiviti senaman yang ditambah dengan pengurangan lemak badan, yang merupakan hasil semulajadi pembakaran kalori, akan membentuk otot anda. Hasilnya, badan anda akan muncul lebih kuat, rapi, dan lebih atletik.

prinsip 5

Prinsip #6: Meningkatkan dan memaksimumkan metabolisma dengan aktiviti fizikal dan senaman.

Metabolisma adalah proses di mana badan anda menukarkan makanan yang telah dimakan menjadi tenaga. Dalam sel-sel badan anda, metabolisma memberi inersia dan momentum kepada semua aktiviti harian, dari menunggang basikal, membaca sehingga memandu. Bersenam meningkatkan metabolisma dalam 2 cara:-

(1) Ia menguatkan keupayaan jantung untuk mengepam darah yang dimana fungsinya ialah membawa nutrien dan oksigen ke seluruh badan.

(2) Sistem badan akan bertindak balas terhadap keperluan tenaga dengan mempercepatkan metabolisma makanan.

Kesan metabolisma (dikenali sebagai ‘afterburn’/ EPOC) ini berterusan walau seseorang individu berada dalam keadaan rehat 4 hingga 9 jam selepas bersenam. Dengan ini, kesan secara menyeluruh dengan menjadi aktif dari aspek fizikal secara konsisten, adalah untuk membantu membakar lebih banyak kalori, tidak kira apa jua aktiviti fizikal atau senaman yang dilakukan.

 prinsip 6

Prinsip #7: Nikmati tidur yang lebih konsisten dan nyenyak melalui gaya hidup aktif.

Badan sentiasa bertukar antara fasa aktif dan tidak aktif. Ia memerlukan 2 fasa ini untuk berada dalam keadaan seimbang untuk mengekalkan prestasi yang optimum. Hasil kajian (Steven D. Ehrlich, 2012) telah menunjukkan bahawa jika badan masih terlalu tidak aktif (kehidupan sedentari) semasa fasa aktif, ia mungkin mempunyai masalah dalam mendapatkan tidur-insomnia (fasa tidak aktif).

Walau bagaimanapun, dengan memaksa badan untuk memperbanyak aktiviti melalui latihan fizikal dan mental, ia akan memudahkan badan untuk mendapat tidur lebih mendalam sepanjang tempoh tidak aktif dan apabila terjaga, tidur yang berkualiti dan nyenyak ini akan meningkatkan daya hidup, ketajaman mental, dan perasaan. Jadi kurangkan malas, tingkatkan prestasi, cukupkan rehat.

prinsip 7

Prinsip #8: Bersenam untuk mengurangkan kemurungan dan keresahan.

Terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahawa senaman membantu sesetengah pesakit yang mengalami kemurungan dan keresahan untuk berasa lebih baik dan lebih mudah sembuh, walaupun tanpa ubat (Lynette LC & Frank MP, 2004). Hasil selidik (Harvard Medical School, Feb 2011) mencadangkan bahawa senaman 30 minit sehari, 3-5 hari seminggu, boleh mengurangkan gejala kemurungan secara signifikan.

Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk permulaan, walaupun dengan senaman selama hanya 10 hingga 15 minit pada satu masa, ianya juga boleh menjadi penambah ‘mood’, walaupun dalam jangka masa yang pendek. Ini kerana senaman meningkatkan keupayaan otak untuk menghasilkan endorfin, bahan kimia yang merehatkan otot dan memberi seseorang perasaan memuaskan secara menyeluruh (The University of Edinburgh, diakses 29 Disember 2012). Mereka yang kerap bersenam telah menunjukkan kesan peningkatan positif dalam aspek motivasi (kekuatan dalaman) diri dan kebahagiaan secara keseluruhan. Jadi, Jangan lupa untuk bersenam, ini juga demi kebaikan fizikal, mental dan spiritual anda semua.

prinsip 8

“Our bodies are our gardens – our wills are our gardeners.”
-William Shakespeare-