1

Hari ini saya rasa agak tenang dan damai untuk menulis topik dengan pengisian pendek yang harapnya dapat membantu dalam mewujudkan satu komuniti yang lebih disenangi dan diberkati.

Baik, dalam satu situasi antara lelaki dan wanita, seringkali ketika pertemuan, bersemuka itu akan mewujudkan satu kejanggalan sebentar yang mana itu hanyalah perkara normal. Dalam pada itu, mata akan mula melilau mencari “sesuatu”. Apakah “sesuatu” tersebut?

Perhatikan. Dalam satu kajian yang melibatkan 500 individu sekitar pertengahan 1960-an (Tennov, 1999);

61% perempuan dan 35% lelaki bersetuju dengan pernyataan, “I have been in love without feeling any need for sex,” manakala 53% perempuan dan 79% lelaki bersetuju pula dengan pernyataan, “I have been sexually attracted without feeling the slightest trace of love.”

Bilamana kenyataan ini memberi persoalan; dimanakah kedudukan cinta dan nafsu sebenarnya? Apa nilai mereka?

Cinta itu menghargai dan memenuhi. Nafsu itu memiliki dan mengingini.

Cinta itu berjangka panjang. Nafsu itu berjangka pendek.

Cinta dan nafsu memiliki mekanisma yang sama secara fisiologi, yakni mengaktifkan bahagian kortikal dalam otak yang terlibat dengan fungsi pembentukan imej serta tindakan berobjektif, termasuklah subbahagian yang berkait dengan emosi dan perasaan positif (Cacioppo et al 2012, 2013) namun masing-masing masih boleh berlaku dalam sistem sosial-tingkahlaku yang berlainan. Pemprosesan sebegini memerlukan pancaindera asas seperti mata untuk memulakannya. Penglihatan membentuk matlamat dan niat yang digabung bersama beberapa pemprosesan visual yang terpilih sebelum bertindak (i.e. Land & Lee 1994; Land et al, 1999).

Dalam kajian terbaru oleh Bolmont et al (2014) yang berlaku dalam perspektif pandang-kali-pertama, menunjukkan bahawa ketika seseorang individu memperlihat perasaan cinta, mereka lebih cenderung melihat pada muka berbanding bahagian badan lain. Sebaliknya mereka akan cenderung memerhati kearah bahagian tubuh badan apabila dikuasai rasa seksualiti dan nafsu.

Mungkin kajian ini masih pada peringkat awal, namun ianya menunjukkan satu paten bagaimana mata boleh menakluki harga diri seseorang.

MAKA, BERPAKAIANLAH SEWAJARNYA. LINDUNGI TUBUH BADAN ANDA DARI CENGKAMAN MATA YANG MEMBURU DAN MENJAMAH MARUAH DIRI.

Soalnya bukan tentang “menutup itu tidak membuatkan anda baik atau tidak,”

Ianya tentang “menutup itu membuatkan anda dipandang dengan baik.”

Demi cinta yang suci.

2a

Rujukan

Bolmont M, Cacioppo JT, Cacioppo S. Love Is in the Gaze: An Eye-Tracking Study of Love and Sexual Desire. Psychol Sci. 2014.

Cacioppo S, Bianchi-Demicheli F, Frum C, Pfaus J, Lewis JW. The common neural bases between sexual desire and love: A multilevel kernel density fMRI analysis. J Sex Med. 2012 Apr; 9(4): 1048-54.

Cacioppo S, Cacioppo JT. Lust for life. Scientific American Mind. 2013; 24: 56–63.

Land M. F, Lee DN. Where we look when we steer. Nature. 1994; 369: 742–744.

Land MF, Mennie N, Rusted J. Eye movements and the roles of vision in activities of daily living: Making a cup of tea. Perception. 1999; 28: 1311–1328.

Tennov D. Love and limerence: The experience of being in love. Lanham, MD: Scarborough House. 1999.