Diet dan Pemakanan
“Nak kurus badan, kena diet ni.”
“Aku tengah diet, mana boleh makan nasi, kena makan roti je.”
“Lapar lah, diet ni rupanya memenatkan juga. Tak boleh jadi ni, kena ‘belasah’ juga makanan ni.”
Inilah antara pemikiran tipikal kebanyakan individu di luar sana bila bercakap tentang diet. Tahukah apa itu diet? Berikut merupakan beberapa definisi diet dari beberapa sumber:-
‘The practice of eating food in a regulated fashion to decrease, maintain, or increase body weight’ (Wikipedia)
‘The usual food and drink of a person or animal’ (The Free Dictionary)
‘The kinds of food that a person, animal or community habitually eats’ (Oxford Dictionaries)
Berdasarkan definisi-definisi di atas, boleh dikatakan semua orang mempunyai diet masing-masing, tetapi yang menjadi persoalan ialah adakah diet tersebut BETUL/SIHAT untuk individu tersebut?
Diet yang sihat sebenarnya mudah dan ianya tidak perlu pengorbanan untuk ‘menelan’ makanan yang tidak sedap, anda mampu membentuk satu diet yang sihat dan sedap, yang penting anda tahu serba-serbi mengenai diet pemakanan yang baik dan mempunyai kreativiti untuk menjadikan ia sedap.
Tips-tips diet secara umum;
- Rancang pemakanan anda. Catat setiap menu yang disediakan dan belajar untuk mendisplinkan diri untuk mematuhi diet tersebut.
- Pemakanan yang dibahagi kepada menu-menu kecil tetapi diambil kerap (6-8 kali sehari.). Kekerapan tersebut akan membantu meningkatkan kadar metabolism (membantu pembakaran lemak.)
- Cuba menjadi kreatif dengan membentuk pelan diet yang pelbagai untuk mengelakkan anda merasa bosan.
- Untuk permulaan, jangan terus mengikut diet 100%. Tabiat lama anda, kekurangan motivasi, dan sifat semulajadi manusia boleh menyebabkan anda cenderung untuk balik ke pemakanan asal. Biar lambat, asalkan selamat.
- Jangan menjadi fobia terhadap sesuatu makanan. Anda boleh mengambil apa jua makanan, yang penting, belajar untuk ber’tolak ansur’ dengannya.
- Pemakanan menggunakan makanan semulajadi (tidak diproses) adalah lebih baik. Ambil makanan tambahan (Supplement) bila perlu sahaja. Anda bukannya robot yang perlu ambil makanan proses (contohnya makanan tambahan dalam tin) sepanjang masa.
- Nikmati hidup. Bentuk pemakanan yang seimbang dari segi fizikal, mental dan spiritual.
Antara elemen nutrisi yang boleh dimasukkan dalam pelan diet:-
- Bijiran/Gandum – Mengandungi kernel, bran, germ dan endosperm yang boleh memberi karbohidrat, protein, vitamin B, mineral, lemak yang sihat.
- Buah – tidak dinafikan lagi kebaikan buah-buahan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A dan C, karbohidrat, mineral dan sebagainya.
- Lemak sihat – lemak yang tidak tepu dimana membantu menurunkan kadar kolesterol tak baik (LDL) dalam darah. Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) melaporkan bahawa kira-kira 2 sudu minyak zaitun setiap hari (23 gram) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Kalsium – membantu untuk mengurangkan risiko osteoporosis.
- Daging dan Kekacang – Sumber utama protein dan kekacang sebagai antara sumber lemak yang baik dan memberi kebaikan asid lemak penting.
Antara pesanan dari 30 pesanan Imam Syafie:-
“Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.”
Leave a Reply