Islamofobia Di Dunia Barat
Saya sedang mencari bahan bacaan lebih untuk menulis pos lanjutan berkenaan “”. Lalu saya terjumpa artikel ini. Alang-alang saya kongsi apa yang dibaca.
Semenjak tragedi 11 September 2001 serta serangan pengganas yang semakin menjadi-jadi, para pengkaji memberi fokus kepada kehidupan muslim di negara barat. Islamofobia jelasnya dikaitkan dengan imej agama islam.
Satu kajian pada tahun 2010 dijalankan oleh Yusr Mahmud dan Viren Swami daripada jabatan psikologi, University of Westminster, London, UK dan Kolej Universiti HELP, Kuala Lumpur, Malaysia. Kajian ini berfokuskan pengaruh hijab terhadap perempuan dari segi tarikan (attractiveness) dan kecerdasan (intelligence).
Subjek terdiri daripada 98 mahasiswa lelaki british (57 non-muslims, 41 muslims) dengan umur dalam lingkungan 20-an. Semua subjek yang non-muslim adalah berketurunan European-Caucasian manakala yang muslim adalah rakyat kelahiran British dari keturunan Asia Selatan. Majoriti adalah bujang (67.9%).
Hasil penemuan?
+ Ya, Pemakaian hijab memberi kesan dari segi rating untuk kedua-dua tarikan dan kecerdasan. Secara spesifik, Perempuan yang memakai hijab di-rated sangat rendah berbanding perempuan yang tidak berhijab.
+ Yang lebih menarik adalah dapatan kajian menunjukkan agama subjek tidak memberi kesan pada rating, menunjukkan kebarangkalian yang subjek muslim mungkin mempunyai mesej islamofobik yang tersirat.
+ Namun, subjek muslim yang pegangan agamanya lebih kuat memberi rating yang sangat tinggi untuk kedua-dua tarikan dan kecerdasan buat perempuan yang memakai hijab berbanding yang tidak memakai hijab.
Kajian seperti ini sangat penting kerana menunjukkan potensi persepsi yang lebih negatif dikalangan orang di dunia barat dan seterusnya menyebabkan diskriminasi agama serta merosakkan usaha dalam mengalakkan kepelbagaian budaya.
Mesej daripada AB? Sokongan sesama umat islam sangat penting dalam mengatasi fenomena islamofobia dan sudah tentu, pegangan agama dikalangan muslimin serta muslimah sangat penting dalam mengatasi hal ini.
Buat mereka yang beragama islam, teruskan belajar mengenai islam, dalam sedalamnya. Buka mata, buka minda, buka hati. Demi anda, demi muslim diserata dunia.
Kajian Berkaitan: Mahmud & Swami (2010). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19815477
Pautan Berkaitan:
Leave a Reply