543781_10151360784585309_1157084487_n
Pernah dengar pepatah barat, “feed that macronutrient?”

Apakah yang dimaksudkan dengan makronutrien? Makronutrien ialah zat gizi (nutrient) yang menjana tenaga untuk keperluan badan melakukan aktivti fizikal secara luaran atau dalaman, dalam kuantiti (jumlah) yang makro (besar).

Ada 3 jenis nutrient makronutrien iaitu karbohidrat, protein, dan lemak. Tumpuan kali ini pula kepada makronutrien yang kedua iaitu protein.

Protein adalah nutrien penting untuk badan manusia. Mereka adalah salah satu daripada blok binaan sel-sel tisu badan, bertujuan untuk pertumbuhan dan pembaikpulihan otot, ligament, tendon, dan sebagainya. Ia juga boleh berfungsi sebagai sumber tenaga, dimana memberikan tenaga sebanyak 4 kalori (kcal) bagi setiap gram.

Protein adalah polimer rantai yang diperbuat daripada asid amino dihubungkan bersama oleh ikatan peptida. Dalam pemakanan, protein dipecahkan dalam perut semasa penghadaman oleh enzim yang dikenali sebagai peptidas ke polipeptida lebih kecil untuk menyediakan asid amino untuk badan, termasuk asid amino yang tidak mampu dibiosintesis (dicipta) oleh sistem badan manusia.

amino acid

Kumpulan Asid Amino (Protein)

Asid amino boleh dibahagikan kepada tiga kategori: Asid amino perlu (‘essential’), Asid amino tidak perlu (‘non-essential’) dan Asid amino bersyarat (‘conditional’). Asid amino perlu tidak boleh dibuat oleh badan, dan mesti dibekalkan oleh sumber luaran (makanan). Asid amino tidak perlu adalah dibuat oleh badan hasil daripada asid amino perluatau penguraian normal protein. Asid amino bersyarat (juga ialah asid amino tidak perlu) biasanya tidak penting, kecuali pada masa tekanan, penyakit, atau untuk seseorang yang mempunyai keperluan untuk keadaan perubatan sepanjang hayat.

Asid amino perlu (‘essential’): Leucine, Isoleucine, Valine, lysine, Threonine, Tryptophan, Methionine, Phenylalanine, Histidine.

Asid amino tidak perlu (‘non-essential’): Alanine, Asparagine, Aspartic acid, Glutamic acid.

Asid amino bersyarat (‘conditional’): Arginine, Cysteine, Glutamine, Glycine, Proline, Serine, Tyrosine.

Jumlah Keperluan Protein

‘Recommended Dietary Allowance’ (RDA) untuk seorang lelaki dan wanita dewasa yang tidak melakukan aktiviti berat adalah dalam lingkungan 0.4 gram protein/kilogram berat badan, manakala untuk yang aktif, 0.83 gram protein/ kilogram berat badan.

Dalam beberapa kajian yang dijalankan, ia menunjukkan bahawa atlet kompetitif, terutamanya mereka yang terlibat dalam latihan bebanan yang berat, mempunyai keperluan protein yang lebih tinggi. Bagi atlet kekuatan dan daya tahan, ianya adalah dari 1.2 hingga 2.0 gram protein per kilogram berat badan, manakala untuk ahli bina badan pula, 1.0 hingga 3.0 gram protein. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan protein lebih dari keperluan ini tidak bermanfaat dan boleh membahayakan dalam jangka masa panjang, terutamanya bebanan pada organ penghadaman.

Juga terdapat nota kajian dari sumber Kementerian Kesihatan, dengan perbandingan untuk cadangan pengambilan jumlah protein, dari:-

1- ‘Recommended Daily Intake’ Malaysia 1975
2- ‘Recommended Nutrition Intake’ Malaysia 2005
3- ‘Food and Agriculture Organzation’ (FAO)/ ‘World Health Organization’ (WHO)/ (United Nations University’ (UNU) 1985
4- ‘Institute of Medicine’ (IOM) 2002

Nutritions
(Sumber: MOH, Protein Note, diakses pada 24 Disember 2012)

 

Antara sumber utama protein yang ada disekeliling,

protein-300x216

“If you can’t pronounce it, don’t eat it”
-Common sense-

Rujukan
1.       http://en.wikipedia.org/wiki/Protein_(nutrient)
2.       http://zakikhan.net/nutrisi-protein/
3.       Hermann, Janice R.. “Protein and the Body”. Oklahoma Cooperative Extension Service, Division of Agricultural Sciences and Natural Resources • Oklahoma State University: T–3163–1 – T–3163–4.
4.       Genton, Laurence; Melzer, Katarina; Pichard, Claude (2010). “Energy and macronutrient requirements for physical fitness in exercising subjects”. Clinical Nutrition 29 (4): 413–423. doi:10.1016/j.clnu.2010.02.002. PMID 20189694.
5.       “Protein in diet”. United States National Library of Medicine, National Institutes of Health. 2009.
6.       MOH, Protein Note, diakses pada 24 Disember 2012