Prinsip Kesihatan dan Kecergasan: Bahagian 1
Prinsip #1: Jadilah aktif untuk hidup lebih lama.
Hasil laporan umum pakar bedah U.S. menunjukkan dengan senaman tahap sederhana yang kerap, ia akan membantu mengurangkan risiko diabetes, kanser kolon, dan penyakit berkaitan dengan obesiti. Walaupun dengan senaman fizikal yang minimum, ia boleh meningkatkan aliran darah ke semua organ-organ utama dan seluruh badan anda.
Hasilnya, anda akan kurang terdedah kepada penyakit kerana kurang toksin yang terbina di dalam tisu anda. Anda juga akan kurang terdedah kepada obesiti kerana anda akan membakar kalori dalam aktiviti yang akan disimpan sebagai lemak jika tidak digunakan. Dengan cara ini, gaya hidup sihat termasuk senaman fizikal yang kerap akan membantu anda hidup lebih lama, dengan lebih sihat.
Prinsip #2: Atasi penuaan dengan aktiviti fizikal dan senaman.
Aktiviti fizikal dan senaman yang kerap membantu membina badan yang sihat dan kuat, serta memberi perlindungan terhadap penyakit-penyakit yang banyak dikaitkan dengan penuaan. Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang kerap bersenam mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit Artritis (keradangan pada sendi) atau Osteoporosis (kerapuhan tulang).
Senaman dan aktiviti fizikal juga akan menguatkan otot dan meningkatkan ketumpatan tulang. Sebagaimana kekuatan yang telah ditingkatkan akan memperbaiki keupayaan keseimbangan, membuat seseorang individu kurang cenderung untuk jatuh, Peningkatan kepadatan tulang pula akan membantu mencegah keretakan pada tulang walaupun anda mengalami kejatuhan. Dengan ini, anda mampu mengekalkan setiap komposisi keupayaan dengan baik (mobiliti) walaupun dengan usia yang lebih lanjut.
Prinsip #3: Bersenam untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, satu pertiga daripada kematian manusia di seluruh dunia, adalah disebabkan oleh serangan jantung. Daripada jumlah tersebut sebanyak 40 – 75% pesakit yang terkena serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital. Bahkan, ia diramalkan bakal menjadi ‘pembunuh dalam senyap’ utama seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020. (Prof. Madya Dr. Mohad. Anizu bin Haji Mohd. Nor, diakses pada 16 Disember 2012)
Penyakit jantung merangkumi penyakit seperti penyakit jantung koronari, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, dan kegagalan jantung. Banyak kes penyakit jantung boleh dicegah dengan melakukan senaman. Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengekalkan rutin kecergasan secara konsisten akan menggandakan risiko mereka mendapat penyakit jantung dalam hidup mereka. Senaman akan menguatkan otot jantung dan membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, yang boleh menyumbang kepada penyakit tersebut, jadi bersenamlah setiap hari untuk memerangi penyakit jantung.
Prinsip #4: Tingkatkan jisim otot untuk membakar lebih banyak lemak.
Otot adalah tisu pembakar lemak yang paling berkesan di dalam badan anda, jadi dengan meningkatkan jisim otot anda, anda mempercepatkan keupayaan sistem badan anda untuk membakar lemak. Ini kerana tisu otot menggunakan kalori dikala ia sedang aktif mahupun dalam keadaan pasif (rehat), maka lebih berat jisim otot anda miliki, lebih banyak kalori anda membakar.
Kajian (melalui laman ‘WebMD’, oleh Jonathan L Gelfand, 2010) telah menunjukkan bahawa bagi setiap berat paun otot pada badan, ia akan membakar tambahan 35 – 50 kalori setiap hari. Ini bermakna menambah 10 paun otot akan membakar sehingga 350-500 kalori sehari atau 1 paun lemak dalam setiap 7 – 10 hari. Jadi, marilah bersenam dengan melakukan latihan rintangan untuk meningkatkan jisim otot masing-masing. Ayuh!
“Time And health are two precious assets that we don’t recognize and appreciate until they have been depleted.”
-Denis Waitley-
Leave a Reply