Satah Pergerakan
Latihan yang dilakukan dalam satah gerakan adalah suatu tuntutan dalam aktiviti fizikal; sukan mahupun aktiviti kehidupan harian seseorang individu. Dengan menganalisis setiap pergerakan dalam sukan atau rutin harian, ia membolehkan seseorang mengenalpasti satah gerakan utama bagi mencipta satu rutin atau latihan yang lebih berkesan.
Satah gerakan itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu satah ‘Sagittal’, ‘Frontal’ dan ‘Transverse’. Latihan rintangan dan regangan dalam ketiga-tiga satah ini mampu menguatkan otot, sendi dan tulang yang terlibat dalam pergerakan tersebut.
Satah ‘Sagittal’ – membahagikan jasad kepada bahagian kiri dan kanan.
Satah ‘Frontal‘ – membahagikan jasad kepada bahagian depan dan belakang.
Satah ‘Transverse‘ – membahagikan jasad kepada bahagian atas dan bawah.
Antara senaman yang terlibat dalam setiap satah:-
Satah ‘Sagittal’
|
Satah ‘Frontal’
|
Satah ‘Transverse’
|
Bahagian atas badan
Push Up
Front Shoulder Raise
Biceps Curl
Triceps Extension
Bahagian bawah badan
Leg Press
Squat
Deadlifts
Teras (‘Core’)
Crunches
Sit-up
Planks
|
Bahagian atas badan
Lat Pulldown
Shoulder Press
Lateral Shoulder Raise
Bahagian bawah badan
Side Stepping
Lateral Lunge
Teras (‘Core’)
Side Planks
Side Bending
Seluruh Badan
Jumping Jacks
|
Bahagian atas badan
Push Up
Chest Fly
Wide Grip High Row
Bahagian bawah badan
Rotational Lunge
Turning
Teras (‘Core’)
Russian Twists
Oblique Crunch
Seluruh Badan
Golf Swing
Baseball Swing
|
Dalam menyusun satu program atau rutin latihan, senaraikan senaman-senaman yang melibatkan ketiga-tiga satah supaya otot yang disasarkan dapat ‘dikerjakan’ dalam ketiga-tiga paksi, dan seterusnya mengoptimumkan intensiti latihan untuk otot tersebut. Ini juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan ‘plateau’, satu keadaan dimana diet atau senaman tidak lagi mampu memberi perubahan (kemajuan) kepada tubuh badan kita.
“Physical fitness is not only one of the most important keys to a healthy body, it is the basis of dynamic and creative intellectual activity.”
-John F. Kennedy-
Leave a Reply