Kerana kita begitu berharga.

Sebagai manusia, seringkali kita terlupa tanggungjawab untuk berterima kasih kepada diri sendiri serta individu lain atas bumi ini. Ya, kita perlu berterima kasih kerana kita hidup dalam satu komuniti manusia yang sangat besar maka setiap individu yang hidup memberi usaha mereka yang tersendiri dalam memberi penghargaan dan penghormatan akan yang lain tanpa mengira usia, jantina, agama, bangsa serta kedudukan & harta, memastikan keadaan sentiasa terkawal tanpa mengira situasi yang berlaku. Kita perlu berterima kasih atas setiap usaha tersebut.

Dengan berterima kasih, kita juga lebih menghargai akan kebaikan yang berlaku dalam kehidupan kita sendiri mahupun orang lain. Dalam proses tersebut, kita akan sedar bahawa sebahagian daripada kebaikan yang berlaku datangnya daripada sumber luar termasuklah orang di sekeliling kita. Hasilnya, berterima kasih itu membantu kita dan orang lain untuk berhubung dengan sesuatu yang lebih besar – tidak kira manusia, masyarakat dan semulajadi.

Manusia merasai dan meluahkan rasa terima kasih melalui pelbagai cara. Ada yang memberi hadiah, ada yang meluahkan kata-kata, ada yang menyimpan memori bersama dan sebagainya.

Kajian-Kajian Berkaitan

Melalui penemuan Bono & McCullough (2006), telah banyak kajian yang menunjukkan kelakuan menyalahkan orang lain atas perkara buruk yang berlaku, dan kebencian serta kemarahan berterusan adalah berbahaya dari segi kesihatan fizikal dan mental. Tambahan lagi, McCraty et al (1995) mendapati bahawa emosi negatif boleh mengganggu fungsi kardiovaskular serta immunologi.

Dalam satu perbandingan eksperimen yang dijalankan oleh Emmons & McCullough (2003) oleh 201 subjek yang diberikan tugas untuk merekod perkara yang berlaku dalam 3 bentuk situasi iaitu buruk (hassles), baik (gratitudes) dan neutral (life events). Penemuan menunjukkan mereka yang merekod perkara yang baik (gratitude) bersenam dengan lebih kerap, melaporkan kesihatan fizikal yang lebih baik, merasai kehidupan mereka lebih baik dan lebih optimistik terhadap masa depan mereka.

Dari sudut sosial, individu yang berterima kasih juga mempunyai kapasiti untuk menjadi lebih tegas, berkeyakinan serta prihatin terhadap orang lain. Mereka juga dilihat lebih pemurah dan membantu dalam komuniti yang terlibat. Dari sudut rohani pula, mereka yang terlibat dengan aktiviti agama secara konsisten dan aktif lebih cenderung untuk menghargai dan berterima kasih, seterusnya menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan komited (McCullough et al, 2002).

Strategi Psikologi Dalam Melahirkan Rasa Berterima Kasih

Bagaimana untuk menghangatkan lagi rasa berterima kasih? Ini senarai strategi psikologi mudah yang boleh dipratikkan mengikut kajian Bono & McCullough (2006) melalui Sansone & Sansone (2010);

Terima kasih, Hidup!

Nota Tambahan

Melalui kajian McCraty et al (1995), terdapat kajian-kajian yang melaporkan kaitan antara tekanan emosi & mental dengan peningkatan aktiviti saraf simpatetik dan pengurangan aktiviti parasimpatetik. Untuk pengetahuan, antara fungsi sistem saraf simpatetik adalah merangsang respon “fight-or-flight”, manakala sistem saraf parasimpatetik adalah berkait dengan rangsangan aktiviti “rest-and-digest” atau “feed-and-breed”. Walaupun pengurangan aktiviti parasimpatetik dikaitkan dengan risiko masalah jantung, tetapi adalah dipercayai tekanan mental tersebut dapat ditukar dalam bentuk yang positif, ianya dipercayai dapat membantu prestasi aktiviti fizikal. Sebab itu kadang-kala kita perlukan rangsangan tekanan mental dalam dos yang sewajarnya apabila terlibat dalam keadaan yang memerlukan seperti penglibatan dalam pertandingan sukan, kerja di saat terakhir dan sebagainya. Apapun, pastikan keadaan fizikal dan mental sentiasa dalam keadaaan yang terkawal.

Rujukan:

Bono & McCullough (2006). http://dx.doi.org/10.1891%2Fjcop.20.2.147

Emmons & McCullough (2003). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12585811

McCraty et al (1995). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/7484873

McCullough et al (2002). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11811629

Sansone & Sansone (2010). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3010965/